Fibonacci dalam FOREX

Posted by SuduKarat

Salam,

Fibonacci number ialah turutan nombor yang dihasilkan dengan
menambahkan 2 nombor yang sebelumnya.

• Nombor itu bermula dengan 0 dan 1. Untuk mendapatkan nombor seterusnya, kita perlu campurkan 0 dengan 1. Oleh itu, turutan yang akan kita dapat ialah 0, 1, 1.
• Untuk mendapatkan nombor seterusnya, kita perlu tambahkan 2 nombor yang terkini iaitu 1 dan 1. 1 + 1 = 2. Oleh itu, turutan yang akan kita dapat ialah 0, 1, 1, 2.
• Turutan seterusnya ialah: 0, 1, 1, 2, (1+2) = 0, 1, 1, 2, 3
• Turutan seterusnya ialah: 0, 1, 1, 2, 3, (2+3) = 0, 1, 1, 2, 3, 5
• Turutan seterusnya ialah: 0, 1, 1, 2, 3, 5, (3+5) = 0, 1, 1, 2, 3, 5,8
• Turutan fibonacci: 0, 1, 1, 2, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233

Golden Ratio
• 1.618 dipanggil golden ratio atau nature number. Ini adalah kerana 1.618 ni boleh didapati di mana-mana di dalam kehidupan kita.
• Cara untuk mendapatkan 1.618:
o Ambil nombor dalam turutan fibonacci dan bahagikan dengan nombor sebelumnya.
o Contoh 1: 233 / 144 = 1.618
o Contoh 2: 144 / 89 = 1.6179
o Contoh 3: 89 / 55 = 1.618
• Disebabkan 1.618 ini boleh didapati di mana-mana, oleh itu, ia juga boleh digunakan dalam forex.
• Tools seperti fibonacci retracement dan fibonacci expansion mempunyai level 61.8 dan 161.8. Level ini merupakan level yang menjadi favourite untuk profit target, retracement dan projection.

Contoh Menggunakan Fibonacci


Posts Relacionados:

Comente!!


By Dicas Blogger e C�digos Blog